SAMBUTAN HARI JADI



Sambutan Hari Jadi Huda yang ke-17. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun sambutan ini adalah tidak dirancang. Sambutan ini diadakan agak lewat selepas Hari Jadi Huda kerana kami mencari masa yang sesuai untuk menyambutnya. 

Pada awalnya, aku dan rakan sebilik Huda telah lama merancang untuk mengadakan kejutan untuk Huda semasa hari jadinya tetapi memandangkan hari itu adalah hari sekolah, maka aku dan annis terpaksa menangguhkan rancangan itu.

Jadi, pada pagi Jumaat, aku dan Annis bertungkus lumus memikirkan apa yang patut kami lakukan untuk kejutan ini. Annis bercadang untuk membelikan hadiah bunga dan coklat kepada Huda. Maka, aku dan Annis berusaha mencari hadiah tersebut di instagram dan akhirnya kami jumpa. 

Pada mulanya, penjual tersebut tidak mahu menerima wang cash tetapi mereka mahukan duit itu dibayar dahulu melalui bank. Hal ini kerana terdapat kes sebelum ini di mana penjual itu telah siap membuat penghantaran tetapi tiba-tiba pembeli yang membuat tempahan itu kata dia tidak jadi membelinya.

Aku dan Annis sudah mula risau tetapi selepas kami beritahu bahawa kami memang nak membelinya maka penjual itu pun setuju.

Pada malam itu, aku, annis dan rakan-rakan yang lain sedang menghias bilik dengan ucapan 'Happy Birthday' serta belon manakala huda bersama rakan yang lain di dewan serbaguna. Selepas itu, aku mengajak huda untuk meneman aku mengambil makanan. Pada mulanya, Huda agak pelik dengan aku tetapi aku buat tidak tahu sahaja. 

Ketika penjual hadiah itu tiba, Huda begitu terkejut dan dia sangat gembira kerana dia tidak sangka bahawa aku dan annis akan membuat kejutan untuk dia. Dia sangkakan bahawa kami mengajak dia teman untuk mengambil makanan tetapi sebenarnya kami mahu memberikan hadiah kepada dia.

Selepas itu, kami berjalan pulang ke bilik dan sekali lagi Huda dikejutkan dengan hiasan bilik yang penuh dengan belon dan rakan-rakan yang lain. 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sangat lancar dan Huda amat gembira malam itu.

Aku berharap agar kita akan sentiasa kekal bersama sebagai kawan dan saling menyayangi antara satu sama lain.

SELAMAT HARI JADI HUDA 

Share This Article:

CONVERSATION

1 comments :

  1. Assalamualaikum w.b.t
    Tumpang lalu ye tuan/puan.

    Kami dari Glowing Party House(GPH) menjual pelbagai barangan parti secara retail dan borong. Selain itu, kami juga menerima tempahan untuk membuat dekorasi belon sempena majlis harijadi dan majlis-majlis tertentu seperti:
    - Sambutan Hari Raya Aidilfitri
    - Hari Graduasi
    - Anniversary
    - Majlis Perasmian
    - Majlis Persaraan

    Bukan itu sahaja, GPH juga menjual barangan seperti:
    - Belon Helium
    - Sand Art
    - Party Items
    - Inflatable
    - Clown Service

    GPH merupakan syarikat yang dikendalikan 100% oleh bumiputera.

    Tuan/puan berminat untuk membuat sebarang tempahan untuk dekorasi belon atau ingin membeli barangan parti yang berpatutan?
    Sila hubungi outlet GPH atau walk in.

    GLOWING PARTY HOUSE

    Bangi Sentral Outlet
    6-33-01 Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral.
    Behind Zawara and same row with Felinna Boutique.
    ☎ 0389122915
    ⏰ Daily from 10am-8pm.

    Reko Sentral Outlet
    17G Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral Kajang.
    Same row with Econsave Jalan Reko.
    ☎ 0387414445
    ⏰ Daily from 10am-8pm.

    The Main Place Mall Outlet
    2F-30, Level 2, The Main Place Mall USJ21 Subang.
    ☎ 0380207681
    ⏰ Daily from 10am-10pm.

    Wholesale Warehouse Glowtex
    38 & 38A, Jln 1/8, Seksyen 1, Bdr Teknologi Kajang.
    ☎ 0387256165

    untuk sebarang sample, boleh layari
    FB: https://www.facebook.com/GlowingPartyHouse/

    #GlowingParty™
    #Glowtex™

    ReplyDelete