BAHASA MELAYU SPM

Contoh Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

latihan 1
“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu !“ Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.

Jawapan
Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu. Ani meminta kepastian akan rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh itu lalu Salleh menjelaskan bahawa ianya berkaitan rancangan mendaki gunung yang pernah diperkatakannya suatu hari dulu. Ani mengatakan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Sabtu akan datang. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

latihan 2
“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya

Jawapan
Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sana kerana tempat itu bahaya sambil meneliti mata belolok Ani. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa . Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut . Ani hampir meraung apabila memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan pula datuknya sudah tiada lagi. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan Comot.

latihan 3
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim.

Jawapan
Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan tentang yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum menjelaskan yuran peperiksaannya. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenarnya. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan seorang yang sangat garang.

Latihan 4
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia

Jawapan
     Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada Felix. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastian namanya sekali lagi daripada Felix. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata-mata makan Mi Pedas. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan dahulu.

Latihan 5
Norhayati : Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati : Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin : Sebenarnya ibu Syikin sakit

Jawapan
     Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam. Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di rumah. Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggung kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan. Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.


Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Latihan 1
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

Jawapan
KAMARIAH : Malaysia memang ada banyak tempat menarik untuk kita pergi lah Aziz, Samad.
SAMAD : Betul tu! Negara kita ada banyak pantai bersih dan hutan semula jadi yang sangat cantik.
AZIZ : Tapi kenapa masih ramai yang suka melancong ke luar negara macam Indonesia, Thailand, Singapura dan negara eropah lain?  
KAMARIAH : Haah  la.
SAMAD : Mungkin sebab tak banyak promosi dibuat untuk tarik pelancong tempatan melancong dalam negeri.
AZIZ : Saya pon rasa begitu.
KAMARIAH : Jadi, pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlulah beri potongan harga yang istimewa untuk orang yang datang ke pusat percutian mereka.
SAMAD : Masyarakat kita sendiri pun kena tanam kesedaran tentang faedah melancong dalam negeri ni.
KAMARIAH : Ya, betul Samad.
AZIZ : Saya setuju dengan awak, Samad. 

Latihan 2
     Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Jawapan
"Abang nak ke mana?" tanya Mak Limah setelah melihat suaminya tergesa-gesa hendak keluar.
"Saya nak jumpa ahli-ahli jawatankuasa Koperasa Maju" jawab Pak Usop
"Makanlah nasi dulu walaupun sibuk dengan kerja. Saya takut abang lapar nanti." ujar Mak Limah.
"Limah, aku nak letak jawatan pemandu bas koperasi tu"  
"Kalau abang berhenti, macam mana abang nak dapat kerja baru nanti ?" ranya Mak Limah
"Saya akan mohon pinjaman daripada pihak MARA untuk beli sebuah bas" jelas Pak Usop

Share This Article:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment