SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Tahun Baru Cina 2017 telah berlangsung di Kolej PERMATApintar UKM.
Sambutan ini telah dijalankan dengan jayanya dengan pertolongan pelajar serta guru. Aktiviti yang telah dijalankan pada pagi sambutan tersebut adalah seperti membuat origami ayam, menulis tulisan cina 'kaligrafi', 'paper cutting', dan sebagainya. Semua pelajar telah melibatkan diri dalam semua aktiviti yang diadakan di sekitar kolej. 


Seterusnya, pada sebelah petang pula, terdapat persembahan dan tayangan video yang telah berlangsung di auditorium. Semua pelajar serta guru amat gembira dan seronok menonton persembahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar moral. Terdapat tayangan video yang menyentuh hati seperti video berkaitan seorang kanak-kanakyang ingin pulang beraya bersama datuk dan neneknya di kampung, serta video pendek berkaitan asal usul sambutan tahun baru cina.

Kemudian, terdapat juga persembahan 'yoyo' tradisional masyarakat cina yang dipersembahkan oleh seorang pelajar cina dari tahap 2. Semua oarang yang melihat sungguh seronok dan terkesima dengan kejutan yang dilakukan oleh pelajar tersebut. Seterusnya, persembahan tarian cina yang menarik perhatian semua penonton kerana persembahan tersebut sungguh menarik dengan iringan muzik yang sedap didengar serta penari-penari yang cukup hebat.

Share This Article:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment