PASAR

Pada pagi ini aku telah ke pasar pagi bersama rakan-rakanku. Kami ke pasar pagi kerana ingin mencari dan membeli jantung pisang untuk tujuan membuat kajian. Hal ini telah memaksa kami untuk bergerak ke pasar pada awal pagi. Ini merupakan kali pertama aku pergi ke pasar pagi selepas lima tahun tinggal di asrama. Hal ini menyebabkan aku amat teruja untuk pergi ke sana kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di pasar pagi.



Aku dan rakan-rakanku bergerak seawal jam 8:00 pagi untuk ke Pasar Pagi Seksyen 1 Bandar Baru Bangi dengan menaiki kereta. Kami tiba di pasar tersebut dan mula mencari jantung pisang. Kami dengan semangatnya berlari ke arah gerai yang menjual pisang dan menjumpai jantung pisang. Tetapi malangnya, kami hanya menjumpai satu jenis jantung pisang sahaja sedangkan kami memerlukan dua biji jantung pisang untuk membuat perbandingan.
Pengalaman ketika berada di pasar pagi itu adalah kami tidak sangka bahawa jantung pisang tersebut hanya RM 2. Alhamdulillah jimat duit kami. Kemudian, terdapat ramai orang yang datang untuk membeli barangan dapur yang segar dan sangat murah. Di samping itu, aku dapat melihat cara penjual-penjual di situ menarik perhatian pelanggan mereka untuk membeli barangan jualan mereka.


Share This Article:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment