My comeback after 2 years

Assalamualaikum dan hai. Now I'm back. Setelah hampir 2 tahun, akhirnya saya kembali menulis blog. Disebabkan ini merupakan post yang pertama selepas 2 tahun saya menghilang, jadi pada post kali ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai diri saya. Nama diberi ialah Aimi Hazirah dan saya berusia 19 tahun. Saya merupakan seorang pelajar sarjana muda di UKM.

Memandangkan ini merupakan "comeback" saya, saya nak kongsikan sedikit mengenai apa yang saya sering buat jika kebosanan melanda diri ini. Saya suka membaca blog mengenai skincare routine, travelling dan makanan yang menarik. Adakalanya, saya akan menonton video di YouTube. Antara video yang saya tonton ialah vlog travelling, mukbang, music video dan macam-macam lagi. Saya juga merupakan penggemar Kdrama.

Sebelum ini, saya menulis blog kerana ianya merupakan salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan bagi subjek Bahasa Melayu. Kiranya macam kalau saya tak siapkan tugasan menulis blog ini, jadi markah untuk assignment saya 0%. Jadi, dulu saya hanya menulis supaya saya dapat markah yang cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu. Dan kini saya kembali lagi kerana ini merupakan salah satu tugasan bagi subjek Aplikasi Komputer. Namun begitu, saya akan berusaha untuk terus menulis blog kerana mungkin dengan cara ini, saya dapat memupuk minat untuk menulis blog pada masa akan datang. 

Setakat itu sahaja untuk post pada hari ini. Insha Allah saya akan menulis lagi tentang perkara-perkara yang lebih menarik untuk dikongsikan. 

Share This Article:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment