GENTING GIRLS TRIP - PART 2

Assalamualaikum dan hai. Kini, saya kembali lagi untuk berkongsi kisah percutian saya bersama rakan-rakan di Genting Highland. Pada post kali ini, saya ingin berkongsi tempat dan aktiviti yang menarik di Genting Highland. 

Sebelum itu, kami telah mencari maklumat di Google mengenai aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang dua hari kami di sana. Dengan adanya laman web rwgenting.com, kami dapat mengetahui banyak info yang sangat berguna untuk melakukan perancangan kami di sana. Oleh itu, kami telah mengambil Saver Combo iaitu pakej Combo A yang bernilai RM 90 seorang untuk Skytropolis Indoor Theme Park, Big Top Video Games Park dan Seni Kome Peng Heng. Di sini, saya sediakan link untuk memudahkan anda semua untuk memilih pakej yang bersesuaian:





SKYTROPOLIS INDOOR THEME PARK


Skytropolis ini merupakan sebuah taman rekreasi yang mengandungi lebih daripada 20 jenis permainan (rides) yang menarik. Skytropolis bermula operasi seawal jam 10 pagi dan akan ditutup pada jam 10 malam setiap hari. Antaranya ialah roller coaster, pirate ship, drop tower, pendulum ride dan banyak lagi. Pada pendapat saya, rides di dalam Skytropolis ini boleh dikatakan seronok walaupun ianya tidaklah begitu ekstrem seperti yang saya harapkan dan ianya amat sesuai kepada mereka yang agak kurang berani untuk mencuba rides di sini. Selain itu, pekerja-pekerja di sini amat peramah dan baik, sistem beratur untuk menaiki rides di sini adalah laju dan cekap tetapi ingin diingatkan bahawa taman rekreasi ini akan menjadi sangat sesak ketika waktu puncak seperti hujung minggu dan cuti persekolahan.






BIGTOP VIDEO GAMES PARK

BigTop Video Games Park ini merupakan sebuah pusat permainan sama seperti arcade yang biasa kita lihat dan jumpa di dalam pusat membeli-belah. Terdapat pelbagai permainan yang boleh dimain oleh pengunjung datang ke sini. Disebabkan oleh kami membeli pakej Combo A, kami telah mendapat EziCash credits yang bernilai 30 "token". EziCash credits tidak boleh ditukar dengan wang jika anda sudah tidak mahu menghabiskannya. Oleh itu, pesanan saya agar anda mainlah sepuas-puasnya supaya 30 "token" itu dapat dihabiskan dan kalau tidak cukup, anda boleh sahaja tambah nilai (top up) di mesin-mesin tambah nilai yang terdapat di situ.

Lihatlah riak muka masing-masing ketika sedang bermain. 


SENIKOME PENG HENG

SeniKome ini pula merupakan pusat seni dan budaya yang mempamerkan pelbagai jenis hasil dan karya yang menarik. Selain itu, pusat seni tersebut juga menyediakan beberapa jenis permainan tradisional seperti batu seremban, congkak, gasing dan macam-macam lagi. Kami juga berpeluang untuk bermain permainan tersebut selepas mendapat keizinan daripada pekerja di pusat seni tersebut. 

Baiklah, setakat itu sahaja untuk post kali ini. Terima kasih kepada mereka yang sudi membaca dan harapnya anda dapatlah mengetahui serba sedikit mengenai tempat yang boleh dikunjungi di Genting Highland. :)






Share This Article:

, , , ,

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment