GENTING GIRLS TRIP - Part 1




Assalamualaikum dan hai. Hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya bercuti bersama rakan-rakan di Genting Highland. Percutian ini mengambil masa lebih kurang sebulan untuk dirancang supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar. Trip ini diadakan supaya kami dapat meluangkan masa bersama setelah beberapa bulan tidak berjumpa disebabkan kekangan masa serta tempat belajar yang berbeza. 

Pertama sekali, memandangkan saya dan empat lagi rakan yang lain tinggal berjauhan, jadi kami perlu bersepakat untuk memilih tarikh yang sesuai untuk bercuti bersama. Setelah mendapat persetujuan, kami beralih pula kepada pemilihan hotel penginapan serta menyenaraikan aktiviti apa yang menarik untuk dilakukan semasa di Genting. 


Kami pergi ke Genting Highland dengan menggunakan perkhidmatan Grab disebabkan masing-masing masih tidak berani untuk memandu kereta walaupun sudah mempunyai lesen. Biasalah perempuan kan masih takut lagi nak drive jauh tambah lagi dengan jalan nak ke Genting yang bengkang-bengkok tu. Jadi jumlah tambang nak ke Genting Highland Premium Outlets dari KFC Batang Kali ialah RM 30 sahaja. Sampai sahaja kami di Genting Highland Premium Outlets, kami pun berjalan-jalan sambil mencuci mata melihat pelbagai barangan yang dijual di situ. Kemudiannya, kami terus menaiki cable car untuk pergi ke Sky Avenue. Tiket untuk menaiki cable car adalah RM 8 satu perjalanan (one way). Tapi sebelum kami tiba di Sky Avenue, kami berhenti sebentar di Chin Swee Caves Temple. Di sini, kami dapat menikmati keindahan pemandangan yang sangat cantik serta dapat melihat patung-patung Buddha dan mengetahui tentang 10 Chambers of Hell.






Setersnya, saya nak kongsikan pula mengenai hotel penginapan yang kami tinggal selama dua hari satu malam. Hotel tersebut ialah Theme Park Hotel Genting Highland. Kami telah memilih bilik "Sixers Room" supaya dapat menampung kami yang lima orang ini. Dan harga bagi bilik tersebut ialah RM 324/malam. Saya amat suka dengan kemudahan yang terdapat pada hotel tersebut. Antaranya ialah self check-in di mana kita hanya perlu check-in sendiri seperti membeli tiket wayang, terdapat ruang lobi yang sangat cantik dan sesuai untuk mengambil gambar dan saya pasti kanak-kanak amat menyukai ruang lobi tersebut.




Selain itu, biliknya yang sangat bersih dan selesa seperti gambar yang ditunjukkan di bawah. Kami yang lima orang ini pon dapat rasakan bilik yang kami pilih itu besar. Bilik "Sixers Room" ini amat sesuai kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai ataupun kepada sesiapa yang ingin bercuti bersama rakan-rakan. Pekerja-pekerja di situ juga amat mesra serta sangat membantu sepanjang kami di sana. Tambahan lagi, hotel ini sangat berdekatan dengan SkyAvenue & Star Arena dan boleh jalan kaki je lebih kurang 5 minit untuk sampai. Kesimpulannya, saya amat mengesyorkan kepada orang ramai untuk memilih hotel ini kerana harganya yang amat berpatutan serta terdapat pelbagai lagi pilihan bilik yang bersesuaian untuk dipilih.




Baiklah, setakat itu sahaja daripada saya untuk post kali ini. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca. Insha Allah untuk post yang seterusnya, saya akan kongsikan aktiviti-aktiviti yang kami lakukan di Genting Highland. Jumpa lagi di post yang seterusnya.


Share This Article:

, , , ,

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment