AYAT PASIF DAN AYAT AKTIF

AYAT PASIF
1. Sebatang pokok kelapa sedang ditebang oleh bapa saudara saya di sebelah rumah barunya.
2. Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolah itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang itu.
3. Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang berkaca mata tebal itu.
4. Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.
5. Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik belum awak jelaskan.

AYAT AKTIF
1. Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.
2. Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar mempermainkan perasaan gadis itu.
3. Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu itu pada awal bulan lalu.
4. Pegawai dari Amanah Saham Nasional sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.
5. Para pekerja telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik di bahagian pemprosesan.




Share This Article:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment