SAMBUTAN HARI JADI
Sambutan Hari Jadi Huda yang ke-17. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun sambutan ini adalah tidak dirancang. Sambutan ini diadakan agak lewat selepas Hari Jadi Huda kerana kami mencari masa yang sesuai untuk menyambutnya.
Pada awalnya, aku dan rakan sebilik Huda telah lama merancang untuk mengadakan kejutan untuk Huda semasa hari jadinya tetapi memandangkan hari itu adalah hari sekolah, maka aku dan annis terpaksa menangguhkan rancangan itu.
Jadi, pada pagi Jumaat, aku dan Annis bertungkus lumus memikirkan apa yang patut kami lakukan untuk kejutan ini. Annis bercadang untuk membelikan hadiah bunga dan coklat kepada Huda. Maka, aku dan Annis berusaha mencari hadiah tersebut di instagram dan akhirnya kami jumpa.
Pada mulanya, penjual tersebut tidak mahu menerima wang cash tetapi mereka mahukan duit itu dibayar dahulu melalui bank. Hal ini kerana terdapat kes sebelum ini di mana penjual itu telah siap membuat penghantaran tetapi tiba-tiba pembeli yang membuat tempahan itu kata dia tidak jadi membelinya.
Aku dan Annis sudah mula risau tetapi selepas kami beritahu bahawa kami memang nak membelinya maka penjual itu pun setuju.
Pada malam itu, aku, annis dan rakan-rakan yang lain sedang menghias bilik dengan ucapan 'Happy Birthday' serta belon manakala huda bersama rakan yang lain di dewan serbaguna. Selepas itu, aku mengajak huda untuk meneman aku mengambil makanan. Pada mulanya, Huda agak pelik dengan aku tetapi aku buat tidak tahu sahaja.
Ketika penjual hadiah itu tiba, Huda begitu terkejut dan dia sangat gembira kerana dia tidak sangka bahawa aku dan annis akan membuat kejutan untuk dia. Dia sangkakan bahawa kami mengajak dia teman untuk mengambil makanan tetapi sebenarnya kami mahu memberikan hadiah kepada dia.
Selepas itu, kami berjalan pulang ke bilik dan sekali lagi Huda dikejutkan dengan hiasan bilik yang penuh dengan belon dan rakan-rakan yang lain.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sangat lancar dan Huda amat gembira malam itu.
Aku berharap agar kita akan sentiasa kekal bersama sebagai kawan dan saling menyayangi antara satu sama lain.
SELAMAT HARI JADI HUDA


