Home
Archive for
February 2017
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT SEKOLAH
Sambutan Tahun Baru Cina 2017 telah berlangsung di Kolej PERMATApintar UKM.
Sambutan ini telah dijalankan dengan jayanya dengan pertolongan pelajar serta guru. Aktiviti yang telah dijalankan pada pagi sambutan tersebut adalah seperti membuat origami ayam, menulis tulisan cina 'kaligrafi', 'paper cutting', dan sebagainya. Semua pelajar telah melibatkan diri dalam semua aktiviti yang diadakan di sekitar kolej.
Seterusnya, pada sebelah petang pula, terdapat persembahan dan tayangan video yang telah berlangsung di auditorium. Semua pelajar serta guru amat gembira dan seronok menonton persembahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar moral. Terdapat tayangan video yang menyentuh hati seperti video berkaitan seorang kanak-kanakyang ingin pulang beraya bersama datuk dan neneknya di kampung, serta video pendek berkaitan asal usul sambutan tahun baru cina.
Kemudian, terdapat juga persembahan 'yoyo' tradisional masyarakat cina yang dipersembahkan oleh seorang pelajar cina dari tahap 2. Semua oarang yang melihat sungguh seronok dan terkesima dengan kejutan yang dilakukan oleh pelajar tersebut. Seterusnya, persembahan tarian cina yang menarik perhatian semua penonton kerana persembahan tersebut sungguh menarik dengan iringan muzik yang sedap didengar serta penari-penari yang cukup hebat.
PASAR
Pada pagi ini aku telah ke pasar pagi bersama rakan-rakanku. Kami ke pasar pagi kerana ingin mencari dan membeli jantung pisang untuk tujuan membuat kajian. Hal ini telah memaksa kami untuk bergerak ke pasar pada awal pagi. Ini merupakan kali pertama aku pergi ke pasar pagi selepas lima tahun tinggal di asrama. Hal ini menyebabkan aku amat teruja untuk pergi ke sana kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di pasar pagi.
Aku dan rakan-rakanku bergerak seawal jam 8:00 pagi untuk ke Pasar Pagi Seksyen 1 Bandar Baru Bangi dengan menaiki kereta. Kami tiba di pasar tersebut dan mula mencari jantung pisang. Kami dengan semangatnya berlari ke arah gerai yang menjual pisang dan menjumpai jantung pisang. Tetapi malangnya, kami hanya menjumpai satu jenis jantung pisang sahaja sedangkan kami memerlukan dua biji jantung pisang untuk membuat perbandingan.
Pengalaman ketika berada di pasar pagi itu adalah kami tidak sangka bahawa jantung pisang tersebut hanya RM 2. Alhamdulillah jimat duit kami. Kemudian, terdapat ramai orang yang datang untuk membeli barangan dapur yang segar dan sangat murah. Di samping itu, aku dapat melihat cara penjual-penjual di situ menarik perhatian pelanggan mereka untuk membeli barangan jualan mereka.
Pengalaman ketika berada di pasar pagi itu adalah kami tidak sangka bahawa jantung pisang tersebut hanya RM 2. Alhamdulillah jimat duit kami. Kemudian, terdapat ramai orang yang datang untuk membeli barangan dapur yang segar dan sangat murah. Di samping itu, aku dapat melihat cara penjual-penjual di situ menarik perhatian pelanggan mereka untuk membeli barangan jualan mereka.
LAPORAN HARI KERJAYA 2017
Laporan Program Hari Kerjaya
Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Program Hari Kerjaya pada hari Rabu, 15 Februari 2017, yang lalu. Sambutan ini berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. Program ini juga disambut meriah oleh sekolah jemputan seperti Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan memilih kerjaya yang betul. Selain itu, program ini dapat mendedahkan pelajar tentang persediaan diri sebelum temu duga.
Seawal jam 8.00 pagi telah berlangsungnya aktiviti pertama iaitu ceramah atau taklimat di Auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Semua pelajar Kolej PERMATApintar terlibat untuk mendengar ceramah atau taklimat tersebut dan meraikan Program Hari Kerjaya. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh wakil daripada syarikat peladangan terkemuka, Sime Darby. Ceramah beliau tertumpu kepada tajuk “Cara-cara Mendapatkan Biasiswa”. Hal ini demikian kerana Sime Darby merupakan syarikat yang menawarkan biasiswa kepada para pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia bagi menyambung pelajaran ke luar dan dalam negara. Melalui ceramah tersebut, beliau banyak berkongsi tentang kriteria pelajar yang layak mendapat biasiswa. Beliau juga menerangkan jenis-jenis biasiswa yang ditawarkan oleh Sime Darby.
Selesai ceramah tersebut, pengerusi telah memberikan beberapa pilihan kepada para pelajar yang hadir untuk menyambung aktiviti seterusnya. Pelajar diberi dua pilihan sama ada mengikuti ceramah kedua di Auditorium Pusat PERMATApintar atau bergerak ke kelas dan menjawab Inventori Minat Kerjaya. Ceramah seterusnya disampaikan oleh seorang wanita berpengalaman. Beliau berkongsi tentang “Cara Penyediaan Kertas Resume“. Banyak tips dan maklumat penting yang telah dikongsikan oleh beliau dalam penyediaan kertas resume yang menarik. Seusai ceramah, para pendengar diberikan peluang untuk membuat resume kerjaya dan diperiksa oleh beliau sendiri. Sementara di kelas-kelas Blok Akademik, para pelajar diminta untuk menjawab set soalan Inventori Minat Kerjaya. Kemudian, wakil kaunseling Kolej PERMATApintar menerangkan tafsiran disebalik jawapan-jawapan yang telah dipilih dan menentukan kerjaya yang paling sesuai dengan pelajar.
Acara yang seterusnya berlangsung selepas waktu makan tengahari. Pada pukul 2.00 petang, wakil-wakil daripada fakulti-fakulti di Universiti kebangsaan Malaysia telah siap mendirikan gerai pameran fakulti masing-masing di perkarangan Auditorium Pusat PERMATApintar. Antara fakulti yang hadir semasa Program Hari Kerjaya tersebut ialah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Perubatan, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Sains Kesihatan dan lain-lain lagi. Mereka telah menghias gerai pameran mereka dengan risalah-risalah dan kain rentang mengenai fakulti mereka untuk menarik perhatian pelajar. Fakulti Perubatan serta Fakulti Sains dan Teknologi mendapat sambutan hebat daripada para pelajar. Tujuan pameran ini dijalankan adalah untuk memberi pendekatan kepada pelajar tentang ijazah sarjana yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sambutan hebat oleh para pelajar dari Kolej PERMATApintar, SMA Persekutuan Kajang dan SMK Bandar Seri Putra amat menggalakkan. Kerjasama yang baik daripada pihak luar seperti daripada Sime Darby dan Universiti Kebangsaan Malaysia menjayakan lagi Program Hari Kerjaya tahun ini. Hal ini dapat dilihat melalui penyertaan aktif para pelajar dalam aktiviti yang diadakan. Melalui program ini, Unit Kaunseling Kolej PERMATApintar berharap agar para pelajar dapat membuat perancangan awal dalam memperoleh kerjaya yang diidamkan. Sesungguhnya, pelajar yang hebat ialah pelajar yang berwawasan dan bijak dalam merancang masa depan. Oleh itu, kita hendaklah membuka mata tentang kerjaya yang ingin kita ceburi kelak.
Laporan disediakan oleh, 18 Februari 2017
Aimi Hazirah
(AIMI HAZIRAH BINTI HAMIDON)
Setiausaha,
Program Hari Kerjaya 2017,
Kolej PERMATApintar UKM.
LATIHAN KARANGAN UMUM BAHASA MELAYU
SOALAN :
Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius dan membimbangkan banyak pihak. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku dan peranan ibu bapa dalam menangani gejala tersebut.
JAWAPAN :
Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius dan membimbangkan banyak pihak. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku dan peranan ibu bapa dalam menangani gejala tersebut.
JAWAPAN :
Gejala sosial merupakan masalah yang sering dibicarakan dalam komuniti hari
ini. Ia tidak lagi melanda masyarakat membangun tetapi telah turut melanda
masyarakat sedang membangun seperti Malaysia.Gejala sosial dalam masyarakat berada di satu tahap yang
membimbangkan pemimpin politik mahupun rakyat biasa. Pelbagai pihak merasa resah dan gelisah dengan gejala berkenaan
kerana dalam tempoh jangka panjang ia akan memberi kesan
negatif terhadap generasi mendatang. Petanda awal keresahan
dapat dilihat apabila banyak pihak saling menyalahkan orang
lain sedang pada masa yang sama gejala sosial terus subur bagai
tumbuhnya cendawan di musim hujan.
Salah satu daripanya ialah krisis keluarga yang menyebabkan kawalan sosial ke atas anak-anak diabaikan. Ibu bapa yang sering bertengkar sudah pasti tidak dapat mengasuh dan mendidik anak-anak mereka dengan baik dan sempurna. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada dalam kalangan ibu bapa yang sibuk dengan tugas mereka di pejabat sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka. Akibatnya, terdapat anak-anak yang melarikan diri daripada rumah, bergaul dengan rakan-rakan yang tidak sepatutnya dan dari situlah bermulanya segala masalah sosial yang disebut di atas.Sesetengah ibu bapa juga tidak begitu mengambil berat tentang
pertumbuhan anak-anak. Malah ada yang melepaskan tanggungjawab pendidikan anak-anak mereka kepada pihak ketiga seperti orang gaji, jiran tetangga, kawan-kawan dan sebagainya. Kesannya akan menyebabkan rasa kasih sayang dan hormat anak-anak kepada ibu bapa semakin berkurangan dan akhirnya terhakis. Apabila anak-anak semakin membesar, nasihat dan teguran yang disampaikan oleh ibu bapa akan sentiasa diingkari oleh anak-anak mereka sendiri. Sebagai mengambil jalan keluar untuk menjinakkan anak-anak, maka ibu bapa terpaksa menggantikan kasih sayang tersebut dengan wang ringgit dan kemewahan. Tidak kurang juga terdapat ibubapa yang menggantikannya dengan kebebasan lalu mereka menyalahgunakannya.Ibu bapa yang mula menyedari perasaan tidak puas hati yang timbul daripada kalangan anak-anak mereka akan mengambil tindakan drastik dengan mengenakan tindakan disiplin yang terlalu ketat. Namun, tindakan disiplin yang terlalu ketat boleh menimbulkan masalah baru. Anak-anak mereka akan rasa terkongkong lalu mereka akan bertindak lebih agresif untuk mendapatkan hak yang mereka inginkan.
Seterusnya ialah fahaman agama yang cetek turut membantu pertumbuhan gejala sosial. Malang bagi sesiapa umat Islam yang hanya tahu tentang agamanya secara serpihan sahaja. Terdapat mereka yang fahaman agama itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan ibadah sembahyang, puasa, tahlil, aqiqah dan beberapa juzuk kecil yang lain sahaja. Mereka tidak mendalami agama mereka sebagai sesuatu yang bertitik tolak dari akidah dan segala penyimpangan dari aspek hidup beragama bernoktahkan dosa dan pahala. Mereka tidak memahami hukum-hukum agama yang akan mempengaruhi sikap mereka dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Akidah, tauhid dan pendidikan agama Islam hanya diajar di peringkat sekolah sebagai satu mata pelajaran akademik dan bersifat teori tanpa dihubungkan dengan kehidupan dan masalah semasa. Tauhid hanya diterangkan sebagai mengesakan Allah, Allah Tuhan Yang Satu, Allah tiada tuhan melainkanNya dan biasanya berakhir setakat itu. Mereka mungkin kurang didedahkan tentang pemahaman Tasawur Islam lalu mewujudkan golongan yang mengatakan minyak dengan air tidak bercampur; mengakui dirinya sebagai Muslim tetapi pada masa yang sama melakukan tindakan yang tidak menunjukkan kepatuhan kepada Allah.
Salah satu daripanya ialah krisis keluarga yang menyebabkan kawalan sosial ke atas anak-anak diabaikan. Ibu bapa yang sering bertengkar sudah pasti tidak dapat mengasuh dan mendidik anak-anak mereka dengan baik dan sempurna. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada dalam kalangan ibu bapa yang sibuk dengan tugas mereka di pejabat sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka. Akibatnya, terdapat anak-anak yang melarikan diri daripada rumah, bergaul dengan rakan-rakan yang tidak sepatutnya dan dari situlah bermulanya segala masalah sosial yang disebut di atas.Sesetengah ibu bapa juga tidak begitu mengambil berat tentang
pertumbuhan anak-anak. Malah ada yang melepaskan tanggungjawab pendidikan anak-anak mereka kepada pihak ketiga seperti orang gaji, jiran tetangga, kawan-kawan dan sebagainya. Kesannya akan menyebabkan rasa kasih sayang dan hormat anak-anak kepada ibu bapa semakin berkurangan dan akhirnya terhakis. Apabila anak-anak semakin membesar, nasihat dan teguran yang disampaikan oleh ibu bapa akan sentiasa diingkari oleh anak-anak mereka sendiri. Sebagai mengambil jalan keluar untuk menjinakkan anak-anak, maka ibu bapa terpaksa menggantikan kasih sayang tersebut dengan wang ringgit dan kemewahan. Tidak kurang juga terdapat ibubapa yang menggantikannya dengan kebebasan lalu mereka menyalahgunakannya.Ibu bapa yang mula menyedari perasaan tidak puas hati yang timbul daripada kalangan anak-anak mereka akan mengambil tindakan drastik dengan mengenakan tindakan disiplin yang terlalu ketat. Namun, tindakan disiplin yang terlalu ketat boleh menimbulkan masalah baru. Anak-anak mereka akan rasa terkongkong lalu mereka akan bertindak lebih agresif untuk mendapatkan hak yang mereka inginkan.
Seterusnya ialah fahaman agama yang cetek turut membantu pertumbuhan gejala sosial. Malang bagi sesiapa umat Islam yang hanya tahu tentang agamanya secara serpihan sahaja. Terdapat mereka yang fahaman agama itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan ibadah sembahyang, puasa, tahlil, aqiqah dan beberapa juzuk kecil yang lain sahaja. Mereka tidak mendalami agama mereka sebagai sesuatu yang bertitik tolak dari akidah dan segala penyimpangan dari aspek hidup beragama bernoktahkan dosa dan pahala. Mereka tidak memahami hukum-hukum agama yang akan mempengaruhi sikap mereka dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Akidah, tauhid dan pendidikan agama Islam hanya diajar di peringkat sekolah sebagai satu mata pelajaran akademik dan bersifat teori tanpa dihubungkan dengan kehidupan dan masalah semasa. Tauhid hanya diterangkan sebagai mengesakan Allah, Allah Tuhan Yang Satu, Allah tiada tuhan melainkanNya dan biasanya berakhir setakat itu. Mereka mungkin kurang didedahkan tentang pemahaman Tasawur Islam lalu mewujudkan golongan yang mengatakan minyak dengan air tidak bercampur; mengakui dirinya sebagai Muslim tetapi pada masa yang sama melakukan tindakan yang tidak menunjukkan kepatuhan kepada Allah.
Di samping ibu bapa, masalah ini juga berpunca daripada pengaruh media massa. Dalam zaman teknologi yang berkembang pesat ini, para remaja mudah terdedah kepada pelbagai pengaruh yang negatif melalui internet dan banyak saluran yang laim sehingga minda mereka mudah diracuni oleh unsur-unsur yang kurang sihat. Di sampin itu, tuntutan modenisasi yang turut memberikan tekanan kepada remaja yang inginkan kebebasan untuk lepas daripada kongkongan ibu bapa dan menuntut hak individu juga memyebabkan remaja menolak autoriti ibu bapa yang mengawal tingkah laku mereka.
Selain itu, peranan rakan sebaya merupakan salah satu elemen syang berkait rapat dengan gejala sosial yang berlaku di
kalangan remaja. Biasanya mereka yang tidak mendapat perhatian dari rumah
akan mencari rakan sebaya yang boleh memenuhi ego dan keperluan tersebut.
Mereka akan menggabungkan diri mereka membentuk satu kumpulan remaja dan biasanya terdiri daripada kalangan mereka yang sama jenis. Mereka yang
terbabit adalah dari kalangan keluarga yang ibu bapa mereka bekerja dan
mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa, antara tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ialah melalui peranan ibu bapa dan keluarga. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak dihabiskan di rumah terutamanya sewaktu cuti persekolahan. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak remaja. Sebagai analoginya ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang permasalahan yang dihadapi dan berusaha untuk membantu mereka menyelesaikannya atau dengan kata lain ibu bapa adalah pakar rujuk kepada anak – anak semasa di rumah. Hal ini menyebabkan anak – anak akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi oleh ibu bapa mereka. Bak kata mutiara anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Tegaslah,perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa amat penting dalam usaha menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.
Selain itu juga, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibu bapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak dan juga ia membawa keberkatan dalam hidup seharian.
Tuntasnya, remaja ibarat pahlawan kerdil tetapi penuh keberanian. Semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk menangani masalah gejala sosial yang mencengkam dan membelenggu masyarakat. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sekiranya setiap lapisan masyarakat dapat melestarikan kewajipan masing-masing, pastilah kita dapat membina golongan remaja yang berwawasan dan bakal menjadi modal insan negara. Imam Al-Bukhari pernah mengungkapkan "Jika anda ingin melihat masa hadapan negara, lihatlah golongan remaja yang ada sekarang." Bersama-sama kita membanteras gejala sosial dalam kalangan remaja untuk mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Maka, negara kita akan mencapai aspirasi Wawasan 2020 sebagai negara yang disanjungi di persada antarabangsa.
”Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Ali-Imran : 110)
HARI KERJAYA
Hari Kerjaya Pusat PERMATApintar Negara telah berlangsung pagi tadi dengan jayanya.
Terdapat pelbagai program dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang hari ini. Antaranya ialah taklimat berkaitan Yayasan Sime Darby dan taklimat mengenai kerjaya dan cara membuat resume.
Di sini saya akan berkongsi tentang cara menulis resume ataupun format resume.
RESUME
1. PERSONAL DETAILS
NAME
EMAIL
PHONE
ADDRESS
BIRTHDAY
2. CAREER OBJECTIVE
3. TECHNICAL SKILL
4. PERSONAL SKILSS
5. EDUCATION
6. ACHIVEMENTS / RESPONSIBILITIES
7. REFERENCES
TIPS MENULIS RESUME
- pastikan menyesuaikan resume untuk setiap kerja yang diphohon
- sebolehnya SATU page
- gunakan emel yang profesional
- cetak menggunakan printer yang berkualiti
- jangan menggunkana terlalu banyak warna ( don’t make it too fancy) (kalau boleh gunakan 1 warna sahaja ataupun paling banyak 2 warna)
- sekiranya meletakkan gambar, pastikan memakai pakaian yang kemas, formal dan proper
TIPS MENGHANTAR RESUME
- taipkan alamat di sampul surat jika pos
- hantar bersama cover letter
- sekiranya bekerja, jangan gunkan kepala surat syarikat
TEMUDUGA BERBEZA DALAM 3 CARA
- STRUKTUR
- berstruktur atau tidak berstruktur
- GAYA
- one-on-one
- panel
- kumpulan
- MEDIUM
- face-to-face
- telefon
- videokenferens
- bertulis
BAHASA MELAYU SPM
Contoh Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
latihan 1
“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu !“ Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.
Jawapan
Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu. Ani meminta kepastian akan rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh itu lalu Salleh menjelaskan bahawa ianya berkaitan rancangan mendaki gunung yang pernah diperkatakannya suatu hari dulu. Ani mengatakan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Sabtu akan datang. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.
latihan 2
“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya
Jawapan
Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sana kerana tempat itu bahaya sambil meneliti mata belolok Ani. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa . Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut . Ani hampir meraung apabila memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan pula datuknya sudah tiada lagi. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan Comot.
latihan 3
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim.
Jawapan
Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan tentang yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum menjelaskan yuran peperiksaannya. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenarnya. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan seorang yang sangat garang.
Latihan 4
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia
Jawapan
Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada Felix. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastian namanya sekali lagi daripada Felix. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata-mata makan Mi Pedas. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan dahulu.
Latihan 5
Norhayati : Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati : Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin : Sebenarnya ibu Syikin sakit
Jawapan
Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam. Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di rumah. Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggung kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan. Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Latihan 1
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.
Jawapan
KAMARIAH : Malaysia memang ada banyak tempat menarik untuk kita pergi lah Aziz, Samad.
SAMAD : Betul tu! Negara kita ada banyak pantai bersih dan hutan semula jadi yang sangat cantik.
AZIZ : Tapi kenapa masih ramai yang suka melancong ke luar negara macam Indonesia, Thailand, Singapura dan negara eropah lain?
KAMARIAH : Haah la.
SAMAD : Mungkin sebab tak banyak promosi dibuat untuk tarik pelancong tempatan melancong dalam negeri.
AZIZ : Saya pon rasa begitu.
KAMARIAH : Jadi, pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlulah beri potongan harga yang istimewa untuk orang yang datang ke pusat percutian mereka.
SAMAD : Masyarakat kita sendiri pun kena tanam kesedaran tentang faedah melancong dalam negeri ni.
KAMARIAH : Ya, betul Samad.
AZIZ : Saya setuju dengan awak, Samad.
Latihan 2
Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.
Jawapan
"Abang nak ke mana?" tanya Mak Limah setelah melihat suaminya tergesa-gesa hendak keluar.
"Saya nak jumpa ahli-ahli jawatankuasa Koperasa Maju" jawab Pak Usop
"Makanlah nasi dulu walaupun sibuk dengan kerja. Saya takut abang lapar nanti." ujar Mak Limah.
"Limah, aku nak letak jawatan pemandu bas koperasi tu"
"Kalau abang berhenti, macam mana abang nak dapat kerja baru nanti ?" ranya Mak Limah
"Saya akan mohon pinjaman daripada pihak MARA untuk beli sebuah bas" jelas Pak Usop
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)